Tempatan

Isu Pertunjukkan ‘Lucah’ Warga Luar Di Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

IPOH, 14 Ogos 2022 – Seorang lelaki berusia lingkungan 60 tahun dan dipercayai warga Singapura didakwa menyebarkan kandungan berunsur lucah melalui akaun Facebooknya di Perak baru-baru ini, lapor sebuah portal berita tempatan.

Menurut pendedahan Setiausaha Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, lelaki berkenaan menyebarkan video dengan kandungan berunsur lucah menggunakan akaun Facebook Wang Lei.

Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad tindakan tidak bermoral itu dilaporkan oleh seorang individu yang juga bukan Islam sewaktu lawatan kerjanya ke Pulau Pinang baru-baru ini.

“Saya datang ke Pulau Pinang baru-baru ini dilaporkan oleh seorang Cina dari Bukit Mertajam dan telah tunjuk seorang Cina dari luar negara membuat pertunjukan-pertunjukan di Malaysia. Pertunjukan yang cukup lucah.”

“Orang Cina Singapura protes, Cina yang beretika walaupun dia bukan Islam, dia ada akhlak, dia ada moral. Dia tidak mahu anak cucu dia rosak dengan perbuatan demikian. Sedangkan kata dia Singapura tidak dibenarkan buat benda-benda macam itu,” jelas beliau.

Lelaki tersebut sebelum ini bahkan pernah membuat promosi di sebuah pusat membeli belah di Ipoh, Perak yang meminta seorang wanita tempatan untuk meniup kondom untuk dijadikan belon secara langsung di akaun Facebook miliknya.

Berikutan itu, Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) digesa untuk mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan dan orang luar yang datang ke Malaysia diingatkan agar menjaga sensitiviti rakyat negara ini, kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker