Antarabangsa

Jangkitan COVID-19 Israel Mencanak Naik 9,893% Selepas Dos Penggalak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JERUSALEM, 14 Januari 2022 – Tular di Twitter carta yang menunjukkan kes jangkitan COVID-19 di Israel mencatatkan peningkatan menakutkan tidak lama selepas rakyat negara itu mula menerima suntikan dos vaksin COVID-19 keempat.

“Kes jangkitan di Israel memecahkan rekod-rekod kes jangkitan terdahulu walaupun dengan mandat arahan wajib pemakaian pelitup separuh muka, passport vaksin dan pelaksanaan suntikan dos vaksin keempat,” dedah seorang pengguna Twitter, @ianmSC.

Tambahnya, kes jangkitan mencanak naik kepada 9,893% semenjak CNN melaporkan kenyataan daripada seorang pegawai kesihatan yang menyatakan bahawa “booster shot” membantu menurunkan kes jangkitan gelombang keempat COVID-19.

Israel mula melaksanakan dan menawarkan suntikan dos vaksin COVID-19 keempat kepada golongan rentan bermula awal Januari baru-baru ini.

Sebanyak 54,515 kes jangkitan dilaporkan di Israel pada 10 Januari 2022 berbanding 17,491 kes pada hari sebelumnya.

Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett menjangkakan hampir 40% penduduk Israel berisiko dijangkiti virus COVID-19 dalam gelombang baharu pandemik.

“Data yang dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet menunjukkan antara dua hingga empat juta penduduk Israel akan dijangkiti dalam gelombang baharu jangkitan COVID-19.”

CEO Pfizer Albert Bourla baru-baru ini mempertikaikan pelaksanaan suntikan dos vaksin COVID-19 keempat. Menurutnya keberkesanan suntikan dos vaksin COVID-19 keempat masih tidak dapat dipastikan dan “ia sesuatu yang perlu diuji.”

“Masih terlalu awal untuk diketahui sama ada ia sesuatu yang perlu atau tidak.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: