Tempatan

Jual RON95 Kepada Warga Asing, Denda RM2 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 18 September 2022 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid memberi amaran keras kepada operator atau pemilik stesen minyak agar tidak menjual petrol bersubsidi kepada warga asing.

“Jika didapati bersalah, individu yang didapati membeli petrol subsidi boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara tiga tahun manakala pengusaha stesen minyak boleh didenda maksimum RM2 juta,” katanya seperti dilaporkan oleh sebuah portal tempatan.

Larangan penjualan petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran negara asing sudah dilaksanakan sejak 1 Oktober 2020 bagi memastikan subsidi petrol yang diberikan hanya untuk rakyat Malaysia namun, kenderaan bernombor pendaftaran negara asing dibenarkan membeli petrol RON97 tanpa had dengan syarat dimasukkan terus ke tangki kenderaan, tegas Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro dalam satu laporan lain.

Beberapa hari lalu media melaporkan sebuah kenderaan bernombor pendaftaran Singapura dirakam orang awam di sebuah stesen minyak dekat Gelang Patah, Johor, dipercayai menggunakan bantuan kenderaan tempatan untuk mengisi petrol RON95.

Kejadian itu kini dalam pengetahuan pihak KPDNHEP Negeri Johor dan siasatan sedang dijalankan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: