Tempatan

Ada Orang Islam Tolak Negara Ini Negara Islam – Mufti Pahang

 

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 April 2022 – “Sebelum ni ada pihak-pihak dari umat Islam sendiri mengatakan bahawa negara ini bukan negara Islam, itu yang jadi masalah.”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Sahibus Samahah Mufti Pahang Dato’ Sri Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Osman dalam satu Konvensyen Perundangan: Mengarusperdanakan Syariah yang dianjurkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di Hotel Tamu & Suites, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau yang merasmikan konvensyen tersebut berkata sedemikian susulan daripada sikap dan kefahaman sesetengah pihak yang tidak merasa bertanggungjawab dalam mempertahankan negara Malaysia yang merupakan sebuah negara Islam.

“Apabila kita duduk di dalam sebuah negara, negara itu adalah sebuah negara Islam maka, setiap orang Islam sebuah negara itu mestilah bertanggungjawab, menjadi suatu kewajipan baginya membela negaranya kerana tempat itulah untuk kita melahirkan generasi yang beriman dan generasi yang sayang antara satu sama lain,” ujar beliau.

Dalam pada itu, beliau berpandangan bahawa jika kita ingin memartabatkan kalimah Allah dan Islam di seluruh dunia maka, kita seharusnya memberikan kesedaran awal kepada semua umat Islam agar usaha sesetengah pihak yang cuba menukar negara Islam ini kepada negara republik dapat dihentikan dengan kadar segera.

Mufti Pahang itu sempat meninggalkan pesan buat sesiapa yang ingin membina sesebuah negara, beliau perlulah membina masyarakat Islam, kekuatan, keimanan, ukhwah dan mengangkat martabat negara itu sendiri sepetimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

“Kita hendaklah menanamkan kepada seluruh umat Islam supaya mereka sayang kepada negara ini. Apabila mereka sayang kepada negara ini, maka dah tentulah mereka akan memakmurkan negara ini sebagaimana yang disebut oleh Saidina RA.”

“Negara ini adalah sebuah negara Islam, kita hendaklah berbangga dan kita hendaklah merasakan suatu kewajipan untuk kita mempertahankan Malaysia,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: