Dos Penggalak Kedua Bagi Warga Tua – Khairy Jamaluddin
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 22 Jun 2022 – Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mahu golongan berusia dan yang mengalami penyakit kronik untuk mendapatkan dos penggalak kedua COVID-19.
“Sebab itu dalam kategori tertentu, mereka yang berusia dan mengalami masalah kesihatan yang kronik digalakkan untuk top up imuniti mereka melalui penambahan dos vaksin.”
BACA: Dos Penggalak Punca Jari Perlu Dipotong? Wanita Dapatkan Pandangan Kedua
BACA: Selepas Dos Ketiga, Ayah Saya Sekali Lagi Terkena Strok – Mufti Perlis
BACA: Jangkitan COVID-19 Israel Mencanak Naik 9,893% Selepas Dos Penggalak
Ujarnya, golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas serta individu berpenyakit kronik digalakkan untuk mendapatkan dos penggalak kedua selepas negara dijangka bakal dilanda gelombang baharu COVID-19 dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.
“Sejauh mana gelombang itu atau sebesar mana gelombang itu kita tidak pasti tetapi berdasarkan perkembangan epidemiologi negara-negara lain menyatakan gelombang jangkitan itu akan berlaku,” kata Khairy seperti dalam Astro Awani.