NGO

Ramai Ulama Tapi Kurang Syura Di Kalangan Ulama – Dr Nazmi Bin Desa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Mei 2022 – Dr Nazmi Bin Desa mengatakan bahawa kita tidak kekurangan ulama sebaliknya kita kekurangan syura dalam kalangan ulama.

Menurutnya, para ulama perlu dikumpulkan bagi membincangkan dan mengharmonikan apa jua isu yang dijadikan sebagai kekuatan agar ia menjadi benteng kepada umat Islam.

Malah, ulama seharusnya mempunyai majlis syura bebas yang menghimpunkan ulama dari pelbagai aliran dan bidang yang turut boleh menjadi sumber kekuatan.

Katanya, dengan adanya majlis syura itu yang membolehkan para ulama duduk bersama, banyak masalah yang dapat dirungkaikan.

Mengulas lanjut, di samping menghimpunkan ulama yang terdiri daripada pelbagai aliran cabang, ulama juga perlu bersuhbah dengan kaum wanita kerana mereka merupakan separuh daripada masyarakat dan benteng kekuatan wanita itu sendiri perlu dioptimumkan dan dimaksimakan.

“Kalau kamu membinakan dan menyediakan kaum wanita dan ibu, kamu menyediakan umat kesemuanya,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: