Tempatan

Bekalkan Senjata Api dan Gari Elak Ancaman Sewaktu Operasi – KP JPJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BACHOK, 08 Mac 2022 – Anggota dan pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu dibekalkan senjata api sewaktu menjalankan operasi yang berisiko bagi menghadapi ancaman pihak yang tidak bertanggungjawab.

Datuk Zailani Hashim, Ketua Pengarah JPJ menyatakan bahawa setakat ini hanya 345 senjata api yang dibekalkan untuk kegunaan pegawai dan anggota JPJ di seluruh negara.

Menurutnya, dengan berbekalkan senjata api, tugas penguatkuasaan dapat dijalankan dengan lebih selamat.

“Setiap hari anggota JPJ terutamanya yang terlibat dalam penguatkuasaan menghadapi ancaman dan justeru itu penggunaan senjata api adalah penting bagi memberikan keyakinan kepada pegawai dan anggota,” ujarnya semasa merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Pengendalian Senjata Api JPJ di Lapang Sasar Gunong kelmarin.

Mengulas lanjut, setakat ini keutamaan penggunaan senjata apa hanya kepada pegawai dan anggota yang benar-benar memerlukan dan bertugas di lokasi berisiko. Manakala, anggota yang tidak memiliki senjata api dibekalkan gari dan baton sewaktu bertugas.

“Walaupun hanya pegawai yang dibolehkan membawa senjata namun ia akan memberi keyakinan kepada anggota lain yang menjalankan tugasan di lapangan,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: