NGO

PEMBELA Tuntut Kerajaan Teruskan Siasatan Arwah Adib

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 30 September 2021 – Pertubuhan-Pertubuhan PEMBELA Islam (PEMBELA) menuntut kerajaan meneruskan siasatan kes almarhum Adib sebagaimana yang diarahkan mahkamah.

Pada masa yang sama, PEMBELA juga mahu SUHAKAM membuat siasatan dan mengeluarkan kenyataan sokongan.

“Ini melibatkan hak seorang penjawat awam dan keluarganya terhadap keadilan. Jangan nak perjuangkan transgender dan LGBT sahaja,” tegas Pengerusi PEMBELA, Hj Aminuddin Yahaya dalam sidang media PEMBELA “Keadilan Buat Adib” sebentar tadi.

Selain itu, kerajaan juga perlu mendedahkan hasil siasatan kepada rakyat bagi membuktikan kesungguhan dan menampakkan integriti pihak keselamatan.

Tuntutan seterusnya, PEMBELA mahu pihak Peguam Negara meneruskan pendakwaan jika pesalah telah dikenalpasti.

Di samping itu, PEMBELA mengingatkan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengambil perhatian yang serius kerana ia melibatkan keselamatan pihak penjawat awam secara khusus dan rakyat Malaysia secara amnya.

“Kenyataan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Datuk Zuraida Kamaruddin bahawa kes ini ditutup sementara dan akan dibuka semula jika terdapat bukti baharu mengejutkan rakyat kerana bukan sahaja ia menidakkan keadilan kepada keluarga allahyarham malah ia menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawaban,” kata Hj Aminuddin Yahaya.

Maka, PEMBELA menyeru semua pihak untuk menyokong desakan ini dan berjuang mempertahankan keadilan kepada semua rakyat.

“PEMBELA juga menyeru kepada semua Menteri-Menteri dan wakil-wakil rakyat yang pernah berdemo dan membuat desakan kepada kerajaan untuk memberikan keadilan kepada Allahyarham untuk tidak melupakan kes ini.”

Leave a Reply

Related Articles

Back to top button