PRU-15

Politik Muslim Malaysia Menuju Kejatuhan Andalusia 2.0, PEMBELA Seru Penyatuan & Tolak Politik Regresif

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 November 2022 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Tuan Mahmud Hishamuddin menegaskan bahawa negara ini sedang ditawarkan tawaran-tawaran politik regresif ke arah menjadikan Malaysia sebagai Andalusia 2.0.

Atas sebab itu, beliau menyeru dengan tegas kepada semua kepimpinan politik Islam untuk mengenepikan ego, permusuhan dan kembali berunding ke arah menyatukan kekuatan politik umat Islam.

“Strategi berpecah kemudiannya bersatu seperti yang sedang difikirkan parti-parti politik Muslim untuk menentukan siapa yang akan menjadi Parti Dominan atau ‘Abang Besar’ yang akan membentuk penyatuan/pakatan Kerajaan, hanya akan melibatkan risiko besar kepada kepentingan rakyat terutamanya Melayu Islam,” tegas beliau dalam satu kenyataan media bersempena PRU-15.

Tambah Tuan Mahmud Hishamuddin, perpecahan yang melibatkan pertembungan pelbagai penjuru tidak akan menguntungkan agenda Islam dan Melayu di dalam negara.

Buktinya terlihat jelas di dalam manifesto-manifesto yang dikeluarkan oleh gabungan-gabungan politik yang menawarkan diri bertanding.

“Perkataan Melayu dan Islam pun tidak ada. Isu pemerkasaan pendidikan Islam, ekonomi umat, bahaya UEC & isu sekolah vernakular tiada yang berani sentuh.”

Bukan itu sahaja, ianya juga akan menghasilkan ketidakstabilan yang akan mengulangi senario jatuh bangun Kerajaan yang menyebabkan kesan buruk kepada ekonomi, tekanan kepada nilai mata wang, kegagalan pelaksanaan perancangan serta polisi-polisi flip flop.

“Rakyat akan menderita. Ia akan mengulangi tragedi yang menimpa negara sepanjang penggal selepas PRU-14 yang lepas.”

Justeru, PEMBELA menyeru dengan tegas kepada semua kepimpinan politik Islam untuk mengenepikan ego, permusuhan dan kembali berunding ke arah menyatukan kekuatan politik umat Islam.

“Kami menyeru supaya pengakhiran kepada keputusan PRU 15 ini akan melahirkan sebuah kerajaan Muslim yang mengutamakan penyatuan dan mempunyai elemen integriti, intelektualiti dan spiritualiti (ihsan).”

Bukan itu sahaja, PEMBELA juga menyeru para pengundi untuk menjayakan harapan ini dengan mengundi calon yang bersih akidah, akhlak, peribadi, beramanah, berpemikiran dan berpandangan jauh, sihat akal dan tubuh badan dan menolak calon-calon yang terlibat dengan 7 Cabang Korupsi.

Malaysia bakal memilih pimpinan Kerajaan pada 19 November 2022 ini, pada Sabtu depan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: