Tempatan

Penerima Booster Paling Ramai Dijangkiti COVID-19

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 April 2022 – Kes jangkitan COVID-19 tiga hari lepas (18 April 2022) mencatatkan 4,279 individu daripada 7,140 kes membabitkan mereka yang telah menerima suntikan dos penggalak, lapor Agenda Daily.

Sehingga kini Kuala Lumpur mencatat 343,011 kumulatif positif, dengan 333,073 pesakit telah pulih; 2,813 kematian dan 7,125 kes masih aktif, termasuk 6,853 menjalani kuarantin di rumah.

Selain itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan lima lagi kluster baharu COVID-19 – semuanya berkaitan pendidikan – di empat negeri semalam, yang membabitkan 279 individu dijangkiti virus SARS-CoV-2.

Kluster berkenaan melibatkan:
Kluster Jalan Dato Harun, Alor Gajah, Melaka – 52 kes;
Kluster Km132 Ayer Pa’abas, Alor Gajah dan Melaka Tengah – 145 kes;
Kluster Ulu Gadong 2, Rembau, Negeri Sembilan – 38 kes;
Kluster Jalan Nuri Kulai, Kulai, Johor – 7 kes; dan
Kluster Jalan Pendidikan Malawati 2, di Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat – 37 kes.

Setakat 19 Apr 2022, data dari laman web COVIDNOW menunjukkan, seramai 15,985,545 dari rakyat Malaysia telah menerima dos penggalak sejak kerajaan melancarkannya.

Leave a Reply

Back to top button