Tempatan

Penerima Sinovac Cuma Ada Sehingga April Untuk Ambil Booster – Menteri Kesihatan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menggesa penerima vaksin COVID-19 jenis Sinovac yang berumur 18 dan 60 tahun ke atas untuk mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum 31 Mac akan datang.

Setelah 31 Mac, sijil vaksin bagi penerima Sinovac yang masih belum mendapatkan dos penggalak akan berubah kepada “belum divaksin sepenuhnya”.

“Bermula 1 April, status ‘fully vaccinated’ di aplikasi MySejahtera akan berubah kepada ‘not complete’ sekiranya belum mengambil dos penggalak,” tegasnya seperti yang dilaporkan Malay Mail.

Dos penggalak juga diperlukan bagi semua warga Selangor yang ingin menunaikan solat Jumaat, di mana arahan tersebut telah berkuat kuasa semenjak 25 Februari semalam. Ini berikutan arahan terbaru Jabatan Agama Islam Selangor.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan menetapkan tarikh akhir 28 Februari untuk menerima dos penggalak bagi mereka yang mengambil suntikan Sinovac untuk dos pertama dan kedua.

Leave a Reply

Back to top button