Tempatan

“Tidak Hanya Dituduh Menculik, Ustazah Nazirah Turut Diugut Bunuh! – Zamri Vinoth”

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2022 – “Mereka bukan sahaja menipu tuan-tuan, malah mereka menipu supaya, orang bila dia dengar, dia merasa benci terhadap Islam. Jahat tuan-tuan! Ini adalah perbuatan jahat!’

Baca: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis

Baca: Enakmen Islam Perlis Bertentangan Keputusan Mahkamah Persekutuan – Dr P Ramasamy

Baca: Perlis perlu murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal

“Kenapa mereka nak kata culik, siapa yang nak culik anak-anak itu? Sepatutnya tempoh 3 tahun itu, tempoh yang mak dia sepatutnya jaga. Patutnya mak dia sepatutnya berterima kasih terhadap orang-orang Islam yang menjaga anak-anak itu tatkala bapanya duduk di penjara. Ini, orang Islam jaga, dia momokkan lagi orang Islam!!! Orang beri pendidikan dia momokkan lagi orang-orang Islam. Orang bagi makan minum kat dia, dia momokkan lagi orang-orang Islam. Jenis tak kenang budi!! Tak berterima kasih! Saya tak pernah berjumpa manusia sebegini tuan-tuan. Yang tak berterima kasih terhadap pertolongan yang diberikan oleh orang Islam.”

“Kasihan tuan-tuan, Ustazah Nazirah diugut bunuh. Dicari orang. Dimesej macam-macam. Apa nak menipu begini? Satu saya nak bagitau, ini masalah keluarga. Ini masalah seorang ibu, seorang ayah dan anak-anak. Ini masalah keluarga. Boleh diselesaikan dengan cara kekeluargaan. Apa kejadah nak jadikan masalah kekeluargaan ini sebagai masalah negara. Apa kamu dapat dengan menjadikan masalah ini sebagai masalah negara… Kalau bukan kamu nak menzahirkan kebencian kamu terhadap Islam!”

Kenyataan ini dibuat di dalam ucapan Zamri Vinoth semasa Himpunan Solidariti Akidah yang digerakkan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Zamri Vinoth menyatakan beliau mahu menyatakan perkara sebenar dan fakta sebenar tentang latar belakang cerita pengislaman tiga kanak-kanak yang berlaku. Beliau merakamkan kekesalan terhadap pelbagai bentuk fitnah dan ugutan yang dihalakan kepada pihak yang telah banyak membantu menjaga dan memastikan keselamatan 3 orang anak seorang mualaf yang hilang tempat bergantung apabila bapa mereka dimasukkan ke dalam penjara manakala ibu mereka pula gagal dikesan selama 3 tahun.

Zamri Vinoth memulakan ucapannya dengan menyatakan polemik yang menjadikan isu ini begitu kontroversi bermula dengan tindakan pihak yang memutarbelitkan fakta sebenar dan membuat pelbagai dakwaan fitnah terhadap pihak yang menjaga ketiga-tiga anak mualaf tersebut.

“Saya ingin pesan kepada semua rakyat Malaysia… Jangan menipu! Semua kes ini berpunca dari menipu! Dan setiap kali kita mendengar kepada kes-kes sebegini, muka-muka yang sama… mereka-mereka ini sering kali menimbulkan kekacauan, kekeliruan, mengelirukan fakta dan sebagainya menyebabkan Malaysia menjadi huru hara… selama ini tuan-tuan, kita hidup aman damai dan harmoni, manusia kutu-kutu sebegini boleh menyebabkan berlakunya kekacauan, kacau bilau dalam Malaysia.”

“Boleh kacau, agar kita, Melayu, India, Cina boleh hidup tanpa harmoni disebabkan orang-orang sebegini. Kerana apa? Kerana mereka menyemai benih kebencian.”

Berkenaan dakwaan bahawa anak-anak tersebut dipaksa memeluk agama Islam, Zamri Vinoth menjelaskan bahawa bapa dan ketiga-tiga anak tersebut masuk Islam secara sukarela.

“Pelbagai lagi penipuan. Terbaru dalam kes ini, pertama sekali ingin saya jelaskan, tidak ada sesiapa pun memaksa budak 3 orang ini untuk memeluk agama Islam. Tidak ada! Tuan-tuan, kami orang Islam, kita orang Islam, kita semua tahu, dalam agama Islam, melarang kita untuk memaksa sesiapa pun untuk memeluk agama Islam. Tetapi jika mereka memeluk agama Islam dengan kerelaan mereka sendiri, kami orang Islam akan mempertahankan akidah mereka! Ini Prinsip kami!”

Kata-kata beliau ini disambut dengan takbir dari kalangan peserta himpunan.

“Lepas itu bila mereka buat press conference, untuk makluman semua, saya nak cerita sedikit mengenai kes ini, daripada awal… daripada awal, bapanya ada masalah dengan isterinya, dan kemudiannya isterinya tak dapat dicari, terkontang-kanting nak jaga, dan kemudian dia dan anak-anak nak memeluk agama Islam. Dengan kerelaan mereka sendiri. Bukan Jabatan Agama ataupun Majlis Agama yang pi cari depa, suruh mai masuk Islam. Siapa yang datang? Depa yang mai sendiri. Dan kami ada gambar lagi dekat Jabatan Agama, mereka datang dan mereka daftar untuk masuk Islam dan sebagainya. Ini proses pertama yang berlaku.”

“Ketika itu ditanya di mana dan kat mana emak mereka, dan mereka pun tak dapat kesan mak dia, dan mak dia menghilangkan diri. Ada problem lain, tetapi saya tak mau mengaibkan sesiapa di sini. Saya tak mau aibkan dia. Sebab dia juga seorang wanita, saya mahu menjaga maruah dia tuan-tuan. Namun ketika itu, hampir tiga tahun tak muncul-muncul, dan penjaga dia Ustazah Nazirah telahpun contact, suruh datang… tak datang tuan-tuan. Tak datang. Kalau saya cakap tak betul, boleh panggil mak dia, kita cakap depan-depan. Betul ka tak dak… dan tak datang, apabila tak datang, tiba-tiba, orang cari sebab budak-budak… orang kesian, sebab anak kecil, sudah tentu mereka merindukan emak mereka. Dok cari nak bagi jumpa dan sebagainya. Berkali-kali panggil… bagi alasan macam-macam tak datang.”

“Tiba-tiba, datang muncul si David dan beberapa konconya datang membawa surat mengatakan penculikan! Penipu atau tidak tuan-tuan?!”

“Mereka bukan sahaja menipu tuan-tuan, malah mereka menipu supaya, orang bila dia dengar, dia merasa benci terhadap Islam. Jahat tuan-tuan! Ini adalah perbuatan jahat!” kata Zamri Vinoth.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: