Tempatan

Satu Lagi Booster Untuk Penerima Sinovac Lepas Booster Pertama Dalam Kajian KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 03 Januari 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengkaji keperluan untuk memberikan suntikan dos penggalak keempat kepada penerima vaksin Sinovac yang diberikan suntikan dos penggalak Pfizer.

Ini selepas satu kajian Universiti Yale mendedahkan penerima suntikan dua dos vaksin COVID-19 jenis Sinovac diikuti dos penggalak Pfizer-BioNTech menunjukkan tindak balas imun yang rendah melawan Omicron, berbanding varian lain.

Kita telah menerima berita tersebut. Kumpulan teknikal sedang kaji maklumat yang telah diperolehi dan mereka akan membuat syor kepada Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) sama ada mereka yang menerima dua dos Sinovac dan satu dos penggalak Pfizer mesti dilengkapi dengan satu dos lagi (Pfizer).

“Tetapi terlalu awal utk membuat apa-apa kesimpulan,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Berdasarkan kajian dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Yale, Kementerian Kesihatan Republik Dominican serta beberapa institusi lain itu ke atas sampel daripada 101 peserta di Republik Dominican, vaksin dua dos Sinovac tidak menunjukkan sebarang peneutralan yang dapat dikesan terhadap Omicron.

Kajian dari Hong Kong minggu lalu menyatakan tiga dos vaksin Sinovac tidak menghasilkan antibodi yang mencukupi untuk melawan Omicron dan memerlukan dos penggalak Pfizer-BioNTech bagi mencapai tahap perlindungan diperlukan.

Khaiy Jamaluddin sebelum ini mendesak semua penerima dos lengkap vaksin Sinovac yang berusia 18 tahun ke atas pergi mendapatkan suntikan dos penggalak sebelum Februari 2022.

Manakala individu yang berusia 60 tahun ke atas yang telah lengkap vaksinasi tanpa mengira jenis vaksin juga perlu mendapatkan suntikan dos penggalak dalam tempoh masa yang sama.

Jika masih tidak mendapatkan suntikan dos penggalak selepas bulan Februari 2022, status vaksinasi akan ditukarkan menjadi tidak lengkap menyebabkan mereka tidak lagi layak untuk menerima kemudahan-kemudahan yang dinikmati oleh penerima dos lengkap vaksin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: