Tempatan

Dos Keempat Tak Perlu – Dr Syed Mohamed Aljunid

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Januari 2022 – Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid berpendapat bahawa besar kemungkinan kita tidak akan memerlukan dos suntikan keempat vaksinasi Covid-19, dan penyakit yang diakibatkan oleh wabak ini akan menjadi seperti penyakit selsema sahaja.

Beliau berkata, “Maklumat yang kita perolehi sekarang saya yakin apabila kita melakukan dos ketiga ini besar kemungkinan kita tidak lagi mungkin memerlukan dos yang keempat dan sebagainya.”

“Pada pandangan saya mungkin kita akan sampai ke tahap endemik dan besar kemungkinan, mungkin penyakit Covid-19 ini akan menjadi seperti penyakit flu influenza.”

Menurut beliau, kekerapan suntikan dos vaksinasi ini tidaklah setiap tiga bulan atau setiap sebulan sepertimana yang digembar gemburkan, walau bagaimanapun kita harus mengkaji situasi dari semasa ke semasa.

“Kita tidak tahu akan berlaku varian Omicron ini dan ini cuma ditemukan kemudian.”

“Mungkin varian-varian yang akan datang lebih rendah dari segi tahap keparahannya, lebih rendah tahap infektivitinya kita tidak tahu.”

Menurut pakar itu lagi, rujukan genome akan sentiasa dilakukan dari masa ke semasa untuk melihat perubahan varian-varian yang akan ditemui untuk Covid-19 virus pada masa akan datang.

Polisi yang berkaitan dengan penggunaan vaksin akan ditentukan apabila kita mendapat maklumat-maklumat yang lebih terperinci daripada semasa ke semasa, katanya lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: