Tempatan

KP Kesihatan Umumkan Sinovac Lulus Untuk Kanak-Kanak 5-11 Tahun

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 05 Mac 2022 – Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan kelulusan penggunaan vaksin keluaran Sinovac Life Sciences Co Ltd, China dan Pharmaniaga Lifescience Sdn Bhd, Malaysia iaitu “CoronaVac Suspension for Injection Covid-19 Vaccine (Vero Cell), Inactivated” kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Persetujuan mengenai kelulusan bersyarat itu dibuat dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-370 yang diadakan pada 3 Mac baru-baru ini.

Ujar beliau, sebelum ini vaksin CoronaVac hanya diluluskan bagi individu berumur 12 tahun ke atas namun kini ia merupakan vaksin kedua yang diberi kelulusan untuk vaksinasi golongan kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun.

Menurut kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) pada 3 Mac 2022, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan tetap meneruskan pemantauan atas kelulusan vaksin CoronaVac kerana masih memerlukan maklumat berkenaan kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin tersebut.

Perkara berkenaan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa dan pemantauan berterusan itu diadakan bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko vaksin CoronaVac kekal positif.

Tambah beliau, KKM terus komited dalam mencegah penularan wabak COVID-19 dengan mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat-ubatan yang bertujuan merawat atau mencegah penularan wabak ini.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) telah bermula sejakFebruari lalu dan dijalankan secara berperingkat bermula di Lembah Klang. Setakat ini, seramai 952,411 kanak-kanak telah menerima dos pertama vaksin melalui program tersebut.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: