MUDA Didakwa Daftarkan Ahli Tanpa Kebenaran Tuan Badan
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) didakwa mendaftarkan ahli tanpa kebenaran pihak yang didaftarkan. Hal ini tercetus apabila ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bong Jenn Fenng, yang mendakwa beliau mendapat emel keahlian MUDA walaupun tidak pernah memohon keahlian.
“Saya tidak pernah memohon masuk MUDA, tetapi dapat email ini? Macam mana nak selesai? @SyedSaddiq @partimuda,” ujar beliau dalam ciapannya di laman Twitter.
saya tidak pernah memohon masuk MUDA, tetapi dapat email ini? nak macam mane selesai? @SyedSaddiq @partimuda pic.twitter.com/L0I54WnirE
— BONG Jenn Fonng 黃振峰 (@zhenfeng5) January 10, 2022
“Ia agak mengejutkan apabila saya baca emel tersebut sebab saya tidak pernah menghubungi atau mendekati ahli muda,” ujar Bong Jenn Fenng seperti yang dilaporkan portal Malaysiakini.
Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abd Aziz telah memberikan respon beliau berkenaan hal tersebut pada Selasa baru-baru ini.
“Kita akan hantar sebuah lagi sebaran emel bagi mendapatkan persetujuan anda. Jika anda tidak memberikan persetujuan nama anda didaftarkan, kita akan buang nama dari senarai,” ujar beliau melalui sebuah ciapan di laman Twitter.
We’ll send another email blast to get your consent. If you did not consent to your names being registered, we’ll pull it out of the list.
Transparency is extremely important to us.
We will not falsify our numbers. https://t.co/yHr3QJJK5u
— amiraaisya (@_amiraaisya) January 11, 2022
MUDA bagaimanapun, mengeluarkan kenyataan menafikan memalsukan keahlian, sebaliknya berkata ia adalah masalah yang kemungkinan timbul akibat penyalahgunaan proses pendaftarannya yang ‘mudah’ ketika ini.