Tempatan

PrEP: Ubat Pencegahan HIV Umpama Kempen ‘Safe Sex’ – Dr Ahmad Sanusi Azmi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Disember 2022 – Setiausaha Majlis Ulama ISMA (MUIS), Dr Ahmad Sanusi Azmi berpendapat bahawa hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengurangkan risiko penularan jangkitan HIV dengan melakukan projek rintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) adalah umpama mewujudkan kempen ‘safe sex’.

“Pihak Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Malaysia (I-Medik) melihat tindakan KKM yang mahu meluaskan penggunaan ubat PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif yang seakan memberi galakan budaya songsang itu di kalangan masyarakat.”

Ini kerana, PrEP atau bekalan ubatan pencegahan HIV merangkumi pemberiannya kepada pasangan homoseksual bagi mencegah jangkitan itu sesama mereka.

Justeru, dalam erti kata lain, bagi memastikan hubungan songsang dijalankan dengan selamat, mereka boleh diberikan PReP, jelas Dr Ahmad Sanusi Azmi.

Beliau juga berkata, inisiatif penggunaan kondom bagi tujuan mengelakkan penularan penyakit kelamin dan kelahiran bayi luar nikah ini juga secara tidak langsung tidak menyelesaikan isu zina.

Mengulas lanjut, Dr Sanusi berkata, mungkin ada yang menggunakan hujah bahawa pemberian PReP ini adalah bagi mengelakkan mudarat yang lebih besar.

Namun, hakikatnya ia tidak menyelesaikan mudarat yang lebih utama iaitu menjunjung perintah Allah dalam menjauhi perbuatan terkutuk ini.

“Jika kita terus melayani keinginan nafsu serakah mereka untuk melakukan perbuatan terkutuk ini, kita sebenarnya membiarkan mereka terjerumus dalam kerosakan. Ini pada hakikatnya tidak membantu mereka.”

Tuntasnya, pemberian PReP ini bukan sahaja dibantah oleh persatuan doktor-doktor pengamal perubatan sendiri, malah Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Malaysia (I-Medik) sendiri melihat tindakan KKM yang mahu meluaskan penggunaan ubat PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif, seakan memberi galakan budaya songsang itu di kalangan masyarakat.

Malang sekali kerana dalam kebimbangan peningkatan isu hubungan songsang ini semakin menular dalam masyarakat, ruang baharu pula dibuka dengan pemberian PReP.

Senada dengan beliau, sekumpulan profesional menggesa KKM menilai semula perancangan terkini untuk meluaskan penggunaan PrEP kepada pasangan homoseksual berstatus HIV-negatif dan secara atas permintaan.

“Daripada menggunakan dana kita yang terhad kepada PrEP yang ternyata merupakan gaya hidup dan pilihan seseorang untuk mengamalkan seks anal, dana kesihatan kita boleh dimanfaatkan untuk penyakit-penyakit lain seperti penyakit kongenital (penyakit sejak lahir) atau pun penyakit tidak berjangkit (NCD).”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: