Tempatan

KK Bandar Botanik Tangani Kesesakan Jabatan Kecemasan Dan Trauma

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 28 Mac 2023 – Kementerian Kesihatan (KKM) memulakan Projek Rintis Kluster Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dengan Klinik Kesihatan (KK) Bandar Botanik, Klang bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, projek tersebut telah bermula pada Sabtu lalu dilaksana KKM selepas mendapat persetujuan Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) yang diketuai Ketua Setiausaha Negara.

BACA JUGA: Dilihat Rapat Ke AS Punca Layanan Tidak Seberapa Pemerintah Saudi?

BACA JUGA: Cedera Fizikal & Mental, Mangsa Kemalangan Tren Rapid, Failkan Saman Berkumpulan

BACA JUGA: Negara Catat Lebih 1,000 Kes Penderaan Kanak-Kanak Tahun Lepas

Menerusi projek itu, KK Bandar Botanik akan memanjangkan waktu operasi bagi menerima dan merawat pesakit kategori zon hijau (mengalami gejala ringan dan kes bukan kecemasan) dari Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR.

“KK Bandar Botanik, Klang kini beroperasi setiap hari termasuk hari kelepasan am, bermula jam 8 pagi hingga jam 9.30 malam, dengan waktu menerima pendaftaran pesakit terhad hingga jam 9 malam,” katanya berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan KKM pada Isnin.

Dr Zaliha berharap pesakit yang hanya mempunyai gejala ringan atau kes bukan kecemasan tidak lagi berkunjung ke Jabatan Kecemasan dan Trauma, HTAR, sebaliknya hadir ke KK Bandar Botanik, Klang mengikut waktu ditetapkan.

“Selepas ini Jabatan Kecemasan dan Trauma, HTAR akan merawat kes kecemasan yang serius dan kritikal.”

“Perubahan pola kedatangan pesakit dari Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR ke KK Bandar Botanik akan dipantau dalam tempoh pelaksanaan projek rintis ini bagi membolehkan KKM menentukan strategi pelaksanaan lebih baik bagi menangani isu kesesakan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, HTAR,” katanya.

Terdahulu, KKM menerusi kenyataan memaklumkan akan melaksanakan pemanjangan waktu operasi selepas waktu pejabat di 52 klinik kesihatan di seluruh negara juga dengan tujuan mengurangkan kesesakan di Jabatan Kecemasan Hospital.

Waktu operasi klinik itu akan dipanjangkan dari jam 5 petang hingga 9.30 malam pada hari Isnin hingga Jumaat dan jam 8 pagi hingga 12 tengah hari pada hari Sabtu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: