Tempatan

Operasi Lebih Masa KK: KKM Digesa Tambah Kakitangan, Elaun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 07 Januari 2023 – KKM disarankan untuk menambah kakitangan serta elaun sekiranya operasi lebih masa klinik kesihatan dilaksanakan.

BACA JUGA: Isu CPTPP: PSM Dan GKN Akan Terus Berkempen Tukar Keputusan Kurang Bijak Kerajaan – Dr Jeyakumar Devaraj

BACA JUGA: Desas-Desus BN & Warisan Jatuhkan Ketua Menteri Hajiji Noor Tumbang

BACA JUGA: Kajian Dedahkan Separuh Daripada Glacier Dunia Akan Lenyap Pada 2123

“Ramai doktor yang berhenti, jururawat berhijrah untuk bekerja di Arab Saudi, pegawai perubatan memilih berkhidmat di perubatan swasta, jadi ini hanya menambah beban kakitangan sedia ada.”

“Kalau betul KKM mahu teruskan ini, kakitangan klinik kesihatan perlu ditambah, selain kekalkan yang sedia ada.”

“KKM juga boleh cadangkan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) supaya tambah elaun atau beri insentif khas kepada kakitangan KKM supaya kakitangan rasa seronok untuk berkhidmat dan kebajikan terjaga,” jelas Jurucakap Gerakan Hartal Doktor, Dr Muhammad Yassin.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengarahkan Pengarah Kesihatan Negeri meneliti semula keperluan klinik kesihatan di bawah seliaan masing-masing, untuk beroperasi lebih masa demi mengelakkan kesesakan di hospital.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: