Tempatan

Penyakit Autoimun Kronik Berpotensi Mengancam Nyawa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 13 Mei 2022 – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran di Twitter memaklumkan bahawa, “Lupus adalah penyakit autoimun kronik yang tidak berjangkit tetapi berpotensi mengancam nyawa.”

Systemic Lupus Erythematosus (SLE) atau Lupus adalah penyakit autoimun di mana badan seseorang manusia itu menghasilkan antibodi yang menyerang tisu badannya sendiri.

KKM turut memuat naik infografik mengenai simptom umum dan gejala lain yang lebih khusus mengikut organ-organ yang terjejas akibat Lupus.

Antara organ yang mungkin terjejas adalah otak, di mana simptomnya boleh menyebabkan mangsa mengalami masalah strok, sakit kepala, sawan dan kebas tangan dan/atau kaki.

Selain daripada itu, organ lain yang turut terganggu adalah jantung, paru-paru, sistem peredaran darah dan musculoskeletal yang menyebabkan sakit sendi dan/atau bengkak serta sakit otot dan/kelemahan.

Penyakit Lupus juga mampu memberi kesan terhadap buah pinggang yang mana akan menyebabkan bengkak kedua-dua belah kelopak mata selain air kencing individu tersebut menjadi berbuih atau berdarah.

Simptom yang dapat dilihat pada kulit dan mukosa adalah apabila munculnya ruam, ulser di dalam hidung dan mulut, keguguran rambut dan kefotopekaan (photosensitivity).

Demam yang berpanjangan atau demam berulang serta kelesuan turut menjadi dua simptom umum penyakit SLE ini.

KKM bagaimanapun memberitahu bahawa, walaupun Lupus tidak boleh disembuhkan namun dengan menjalani rawatan, maka ia masih mampu untuk mengawal simptom-simptom tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: