UMNO Kini Parti Pengemis, Hidup Segan, Mati Tak Mahu – KJ
KUALA LUMPUR, 11 Mei 2023 – Mantan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa mantan partinya, UMNO kini telah menjadi sebuah parti pengemis setelah kehilangan sokongan orang Melayu.
Menurutnya, walaupun parti tersebut akan dapat bertahan bersama kepimpinan terkininya, namun ianya seperti hidup segan, mati tak mahu.
BACA JUGA: Empangan Malaysia Hanya Mampu Bertahan Kurang 4 Bulan
BACA JUGA: JAGA-JAGA: Ribut Petir Bakal Landa Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut-Turut
BACA JUGA: Cubaan Bakar Masjid Kali Kedua, Polis Jerman Buka Siasatan
Katanya juga di dalam sebuah kenyataan yang sama sewaktu ditemubual oleh saluran berita Mediacorp, parti tersebut akan hidup dengan tidak bermaruah.
Beliau juga menyatakan bahawa UMNO kini terpaksa bergantung kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk terus hidup.
Khairy dalam sesi temu bual tersebut juga menyatakan bahawa UMNO juga adalah sebuah liabiliti kepada Pakatan Harapan (PH) yang kini diterajui oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Kerjasama di antara kedua-dua pihak itu juga berkemungkinan akan terus menjejaskan lagi sokongan orang Melayu.
Menurut beliau lagi, situasi yang berlaku kini akan memberi kelebihan kepada Perikatan Nasional (PN) berikutan ramai penyokong UMNO akan mengalihkan sokongan mereka kepada pihak pembangkang.
Berkenaan dengan pilihan raya yang akan dijalankan di enam buah negeri pada tahun ini, Khairy menyatakan bahawa UMNO dan PH akan berdepan dengan kesukaran untuk memperoleh sokongan di negeri-negeri yang kini ditadbir oleh PAS-PN.