Tempatan

Makluman Najib Dirujuk Ke IJN, Disangkal Menteri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 September 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menafikan pemakluman mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak akan dibawa ke Institusi Jantung Negara (IJN) seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Saya sudah menghubungi Pengarah HKL, Datin Paduka Dr Rohana Johan yang memaklumkan Najib kini dalam keadaan stabil. Najib tidak akan dihantar ke IJN kerana prosedur banduan adalah mereka perlu dirujuk ke hospital Kerajaan,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Record dan Pelancaran Laporan Record Breaking COVID-19 Vaccination, di kementeriannya hari ini.

“Disebabkan tidak mahu ada pertikaian selepas ini, jadi saya minta kepada HKL dan Timbalan Ketua Pengarah Perubatan, Datuk Dr Asmayani Khalib, untuk memberikan rawatan susulan yang diperlukan oleh Najib,” kata Khairy.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa, peguam Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menyatakan bahawa mantan Perdana Menteri itu akan dirujuk ke IJN hari ini ekoran tekanan darah yang tidak menentu dengan puncanya tidak diketahui.

Shafee berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini yang sepatutnya mendengar perbicaraan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: