Rawatan Percuma Untuk 550 Pesakit Kanser
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 16 September 2022 – Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan IHH Healthcare bersetuju untuk memberi rawatan percuma kepada 500 orang pesakit kanser dari hospital kerajaan di hospital swasta yang diselia IHH Healthcare Berhad.
Menurut Menteri Kesihataan Malaysia, Khairy Jamaluddin, pakar onkologi dari KKM akan memilih pesakit yang difikirkan sesuai menjalani rawatan menggunakan teknologi Gamma Knife and Linear Accelerator (LINAC).
“Kalau onkologi mendapati bahawa mereka sesuai untuk menjalani rawatan yang disediakan di hospital IHH, maka mereka akan dipilih dan dirujuk ke sini. Prosedur itu juga akan melibatkan onkologi daripada KKM.”
“Sebab itu ia mengambil sedikit masa sebab bila nak mengamalkan perkhidmatan perubatan di fasiliti swasta, mesti mendapat kelulusan daripada fasiliti tersebut.”
“Setelah proses itu dapat dilaksanakan barulah pakar daripada hospital awam boleh memberi rawatan di hospital swasta. Jadi semua itu sudah selesai dan saya rasa dalam tempoh sebulan dua bolehlah mulakan dengan rawatan ini,” jelas Menteri Kesihatan itu dengan lebih lanjut dalam satu sidang media.
Dalam pada itu, beliau mengatakan bahawa perjanjian persefahaman itu sangat bersejarah kerana ia dibuat dalam skala yang besar dan tidak pernah dibuat sebelum ini.
Dimaklumkan, tiga buah hospital di bawah IHH Healthcare akan terlibat dalam program itu ialah Hospital Pantai, Hospital Gleneagle dan Pusat Perubatan Prince Court.
“Ini ditaja sepenuhnya oleh pihak IHH Healthcare dan kita tengok dulu kejayaan program ini dan sekiranya kita ingin melanjutkan program ini bolehlah kita bincang kemudian sama ada kita bayar sedikit ataupun ada elemen tajaan sedikit.”
“Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak IHH Healthcare kerana ini adalah langkah yang sangat berkesan untuk memperkenalkan teknologi terkini dan rawatan menggunakan teknologi terkini kepada pakar daripada