Tempatan

Booster: Mestilah Saya Nak Bagi Yang Terbaik Kepada Rakyat – KJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 08 Februari 2022 – Menteri Kesihatan Malaysia YB Khairy Jamaluddin menyatakan, beliau mahu memberi yang terbaik untuk rakyat, kerana itulah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggalakkan penerima dua dos lengkap vaksin Sinovac untuk menerima dos penggalak dari jenis Pfizer ataupun Astrazeneca.

“Yang pertamanya, pada asalnya, kita ikut keberkesanan. So bila pakar dah maklum pada saya, keberkesanan dos penggalak daripada Pfizer dan Astrazeneca adalah baik berbanding dengan Sinovac. Mestilah saya nak bagi yang terbaik kepada rakyat.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Menggunakan analogi kot yang diberi secara percuma kepada mereka yang pergi ke negara bermusim sejuk, YB Khairy Jamaluddin menegaskan, perlindungan yang terbaik adalah dengan Pfizer atau Astrazeneca. Tambahan pula keberkesanan Sinovac tidaklah setinggi Pfizer.

Akan tetapi, setelah mendapat desakan daripada penerima vaksin lengkap Sinovac yang mahu menerima dos penggalak dari jenis yang sama, KKM bersetuju untuk memberikan dos penggalak Sinovac dengan syarat siapa cepat dia dapat.

“Oleh kerana mereka tak nak juga terima Pfizer walaupun nasihat daripada Kementerian Kesihatan ia adalah perlindungan terbaik untuk dos penggalak, saya pun berbincang dengan DG, lebih baik dia dapat apa pun dos penggalak daripada mereka tak dapat dos penggalak,” katanya dalam sidang media KKM pada 7 Februari 2022 semalam.

“Tetapi kita sekali lagi tegaskan bahawa perlindungan yang terbaik adalah dengan Pfizer atau Astrazeneca. Analoginya adalah mereka pergi ke negara musim sejuk, Kementerian Kesihatan sarankan dan bagi mereka free coat, tapi mereka tak nak pakai kot, nak pakai t-shirt, ok lah. Itu lebih baik daripada mereka tak pakai apa-apa,” tegas Khairy Jamaluddin.

Dalam sidang media semalam, Menteri Kesihatan Malaysia itu menegaskan, semua penerima Sinovac dan individu yang berusia 60 tahun ke atas untuk mendapatkan dos penggalak sebelum 1 Mac 2022.

Jika gagal berbuat demikian, status kuning sijil vaksin akan bertukar menjadi warna putih.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: