Tempatan

Halang Eksport Ayam: Malaysia Main Permainan Bunuh Diri – Pakar Ekonomi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Jun 2022 – Penetapan harga siling dan larangan mengeksport boleh dikira sebagai “hukuman” bagi industri ayam Malaysia, tegas Carmelo Ferlito Ketua Pegawai Eksekutif badan pemikir Center for Market Education.

Menurut pakar ekonomi itu, langkah-langkah ini boleh memparahkan lagi tekanan harga dan memanjangkan lagi proses pelarasan di antara bekalan dan permintaan.

Ferlito juga berkata langkah ini boleh menyebabkan syarikat-syarikat pengeluar ayam tempatan akan kehilangan pasaran eksport Singapura secara kekal.

Menurutnya, larangan eksport ini boleh memaksa beberapa syarikat pengeluar menutup perniagaan mereka, lalu memberi kesan kepada bekalan ayam tempatan.

“Sewaktu Malaysia bermain permainan bunuh diri, kita tak boleh sangka seluruh dunia berdiam diri menunggu kita. Mereka boleh dijangkakan akan cari ayam dari tempat lain,” tambah beliau.

Singapura baru-baru ini membuat langkah mengimport ayam-ayam beku daripada Australia, Thailand, Brazil dan Amerika Syarikat bagi menggantikan kekurangan ayam buat rakyatnya setelah Malaysia membuat keputusan menghalang eksport ayam ke sana.

Sebagai respon pada isu larangan eksport ayam ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata bahawa beliau optimis Malaysia akan meneruskan eksport ayam ke Singapura pada masa akan datang selepas Malaysia berjaya menurunkan harga ayam.

Berkata kepada para wartawan dalam lawatannya selama 4 hari di Singapura, beliau membayangkan sekatan ini cuma akan berlangsung hanya selama beberapa bulan sahaja.

“Kami hargai hubungan bilateral dengan Singapura. Ini bukanlah keputusan yang mudah untuk kami buat. Jadi kami berharap ianya bersifat sangat sementara sehingga situasi bekalan dan harga menjadi stabil.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: