Tempatan

Panel Bebas Akan Ditubuh Siasat Kematian Revnesh Kumar Dan Kes AEFI – KJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Mac 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam hantaran di Twitternya memaklumkan bahawa sebuah panel bebas akan ditubuhkan untuk menyiasat dan menyemak kes kematian Revnesh Kumar dan juga kes kesan advers susulan imunisasi (AEFI) serius lain.

Tambah beliau, laporan yang disediakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tersebut akan dirujuk kepada panel bebas yang terdiri daripada pakar luar iaitu bukan dari kalangan pakar KKM sendiri.

Perkara itu dikongsikan Khairy Jamaluddin bagi menjawab persoalan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, yang meminta satu badan bebas ditubuhkan berikutan kematian remaja itu selepas 18 hari mendapat vaksinasi COVID-19.

Dalam hantarannya di Twitter, Charles Santiago berkata langkah tambahan terhadap laporan bedah siasat itu perlu dilakukan, sekaligus dapat mengurangkan kebimbangan di kalangan ibu bapa.

Posting Charles Santiago sebelum ini yang menggesa KKM mengeluarkan kenyataan balas bagi menjawab spekulasi yang tular tentang vaksin kanak-kanak juga mendapat perhatian Khairy Jamaluddin dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

“Keputusan bedah siasat haruslah dinyatakan kerana dia meninggal 18 hari selepas divaksin,” ujarnya.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebagai hantaran balas menyatakan bahawa beliau sudah memanjangkan perkara ini kepada Tan Sri Dr Noor Hisham dan satu kenyataan akan dikeluarkan secepatnya.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pula, Jabatan Kesihatan Negeri sedang bekerjasama dengan doktor dan pasukan forensik untuk menyiasat hal ini dan beliau masih belum menerima laporan penuh forensik dan patologi.

Revnesh Kumar berumur 13, menerima suntikan vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan Presint 18 pada 30 Disember tahun lepas, dan dijadualkan menerima dos kedua vaksin pada 20 Januari 2022.

Remaja berkenaan dikatakan tiba-tiba rebah di dalam lif blok perumahannya pada 16 Januari sewaktu mahu menghadiri kelas karate, sebelum dikejarkan ke Hospital Kajang dan disahkan meninggal dunia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: