Tempatan

3R: Guan Eng Telah Langgar 2 Daripada 3R-KJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2023 – Khairy Jamaluddin telah mengeluarkan kenyataan sekali gus menegaskan bahawa Lim Guan Eng telah melanggar dua daripada 3R iaitu Race dan Religion.

Kenyataan tersebut dibuat dalam sesi podcast ‘Keluar Sekejap’ yang bersiaran kelmarin bersama-sama seorang lagi hos, Shahril Hamdan, merujuk kepada ucapan Lim Guan Eng yang menggambarkan kepimpinan politik Melayu Islam boleh membawa kepada perobohan kuil Hindu baru-baru ini.

BACA JUGA: Dituduh Kerana Kritik Perdana Menteri Adalah “Salah Guna Kuasa Dan Penindasan”-LFL

BACA JUGA: ‘Setuju Allah Adalah Nabi Muhammad SAW’, PDRM Digesa Siasat Keluarga Ajaran Sesat

BACA JUGA: JAIM Akan Libatkan Polis Jika Penganjur Acara Ratu Pondan Berdegil

Tempelak beliau, “Kalau betul dan kita akan serah kepada Mahkamah, Sanusi telah langgar one of the 3R’s iaitu Raja-Raja. Guan Eng telah langgar two of the 3R’s (Race and Religion) ya.”

“Jadi kita nk melihat betapa konsisten tindakan daripada siasatan dan juga tuduhan daripada Jabatan Peguam Negara.”

Senada dengan beliau, Shahril turut berpendapat Lim Guan Eng perlu terima layanan serupa Sanusi kerana mengeluarkan kenyataan berunsur 3R.

Terdahulu, Khairy telah menempelak Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berikutan tindakan beliau mempertahankan pengerusi kebangsaan DAP, Lim Guan Eng.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: