Antarabangsa

Saintis China Dakwa Berjaya Bangun Antibodi Bunuh Varian Omicron

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 06 Februari 2022 – Pasukan penyelidik dari Universiti Fudan, Shanghai yang diketuai oleh Profesor Huang Jinghe mendakwa bahawa mereka berjaya membangunkan sejenis antibodi baharu yang dikatakan mampu membunuh varian Omicron.

Menerusi proses sintesis antara dua komponen sel antibodi asal daripada sel imunisasi manusia, penghasilan antibodi baharu tersebut akan meneutralkan virus Omicron, jelas mereka.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Antibodi khas itu juga mampu meneutralkan varian Delta iaitu mutasi Covid-19 terdahulu dan menangani Sindrom Pernafasan Akut Teruk bagi mengehadkan keupayaan virus untuk merebak.”

Kejayaan pasukan tersebut membangunkan lapan antibodi yang disintesis dalam tempoh yang agak singkat merupakan satu kejayaan yang mengejutkan kerana penghasilan antibodi tersebut pada mulanya tidak bertujuan untuk merawat virus Covid-19.

Walau bagaimanapun, penemuan itu masih memerlukan kajian lanjut dan pengesahan oleh ahli-ahli akademik lain.

Jelas Profesor Huang Jinghe, ia adalah berita baik yang bakal memberikan kelebihan kepada manusia untuk mengatasi pandemik yang sedang berleluasa di seluruh dunia.

Terbaru, Malaysia dikejutkan dengan trend peningkatan kes Covid-19 yang mendadak iaitu 10,089 kes harian dilaporkan pada hari ini berbanding 9,117 kes pada 05 Februari 2022.

Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengakui kes Covid-19 akan meningkat dengan mendadak dalam beberapa minggu akan datang.

“Gelombang Omicron ini sangat mudah dijangkiti. Setakat ini, gejalanya jauh lebih rendah daripada Delta. Kekal berwaspada. Dapatkan dos penggalak.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: