Tempatan

Nama Doktor-Doktor Kaki Buli Diserahkan Kepada KJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2022 – “Saya telah menghantar nama lima pembuli paling terkenal di hospital awam kepada YB Khairy Jamaluddin,” kata Dr Norlela, yang merupakan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Beliau memberitahu CodeBlue, lima nama doktor di Hospital Pulau Pinang tersebut termasuk seorang ketua jabatan. Namun pembulian ini tidak mempunyai kaitan langsung dengan kematian doktor pelatih yang kini dalam siasatan polis.

Jelasnya, nama-nama tersebut diterima hasil daripada tinjauan tidak rasmi dalam kalangan rakan sebaya mereka mengenai isu buli di tempat kerja yang melampaui peringkat senioriti.

Menurut beliau juga, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang tidak membenarkan beliau menganjurkan Mesyuarat Exco Negeri (MMK) untuk mendokumentasikan secara rasmi pandangan doktor pelatih mengenai buli dalam profesion perubatan.

“Cadangan MMK pertemuan saya dengan doktor pelatih, berjumlah 300 orang di Pulau Pinang, mungkin tidak berjalan seperti yang dirancang kerana doktor pelatih berada di bawah bidang kuasa KKM dan JKN dan mereka mahu mengadakan mesyuarat dalaman dengan doktor pelatih,” ujarnya

JKN memberitahunya bahawa doktor pelatih akan bertemu dengan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Ma’arof Sudin.

Mengulas lanjut berkaitan itu, beliau berkata JKN mencadangkan agar beliau membuat perjumpaan tidak rasmi atau menggunakan Borang Google untuk mengumpul pandangan doktor pelatih kerana dikhuatiri para doktor pelatih bimbang akan risiko bersuara dalam MMK berkenaan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menubuhkan sebuah pasukan petugas bebas bagi menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 17 April lalu termasuklah budaya buli yang didakwa berlaku di hospital awam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: