Tempatan

Lebih 400 Orang Mati Setiap Minggu Disebabkan Rokok – Persatuan Farmasi Malaysia

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 01 Ogos 2022 – Lebih 400 orang mati setiap minggu di Malaysia disebabkan kes-kes berkaitan rokok, menurut kenyataan rasmi Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).

Selain itu, persatuan tersebut turut memaklumkan bahawa setiap tahun, tembakau meragut kira-kira 8 juta nyawa, di mana 7 juta daripadanya adalah daripada perokok aktif dan 1 juta lagi adalah daripada mereka yang merupakan perokok pasif.

MPS turut mendedahkan laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 mengenai jumlah penghisap rokok elektronik atau vape yang kini mencecah 1.12 juta orang, manakala kelaziman merokok di Malaysia kini adalah 21.3%.

Dengan mengharamkan penjualan dan penggunaan tembakau dan rokok elektronik kepada mereka yang dilahirkan selepas 01 Januari 2007 yang digelar ‘Generation Endgame? (GEG)’, pelaksanaan Rang Undang-Undang tersebut juga diramalkan dapat menyelamatkan kira-kira 2.07 juta nyawa, jelas MPS dalam kenyataannya.

Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) juga mengatakan bahawa Malaysia dekat dengan negara bebas asap jika melaksanakan Rang Undang-Undang Kawalan Tembakau dan Merokok 2022.

Justeru, Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) memuji dan menyokong penuh Rang Undang-Undang Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 yang dikemukakan oleh YB Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin kerana dengan usaha mengekang penjualan tembakau dan produk merokok lain kepada sesiapa yang dilahirkan selepas tahun 2007, Malaysia akan mengalami impak yang ketara dalam pencegahan dan kawalan bukan-penyakit berjangkit (NCD).

Rang Undang-Undang ini juga akan membantu mengurangkan jumlah kematian, dan juga membantu meningkatkan keberkesanan kos untuk merawat penyakit berkaitan merokok dan yang berkaitan dengan e-rokok kerana unjuran Kerajaan menganggarkan RM8.2 bilion untuk merawat hanya tiga penyakit berkaitan merokok pada tahun 2030.

Leave a Reply

Back to top button