Tempatan

Booster Sebelum 1 Mac Atau Sijil Vaksin Penuh Bertukar – Menteri Kesihatan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 07 Februari 2022 – Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin menegaskan semua rakyat terutama penerima Sinovac dan individu yang berusia 60 tahun ke atas untuk mendapatkan dos penggalak sebelum 1 Mac 2022.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“KKM ingin memaklumkan sekali lagi, semua penduduk berusia 60 tahun dan ke atas atau penerima dos lengkap vaksin Sinovac berusia 18 tahun dan ke atas perlu mengambil suntikan dos penggalak bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap sebelum 1 Mac 2022,” kata beliau dalam sidang media atas talian sebentar tadi.

Ujarnya lagi, jika gagal menerima dos penggalak selepas tempoh waktu yang ditetapkan, warna sijil vaksinasi penuh akan bertukar menjadi warna putih.

Ujar beliau lagi, sehingga kini, terdapat lebih kurang 32% atau 1 juta warga emas yang masih belum mengambil dos penggalak.

“Daripada 32,034 kematian sehingga 6 Feb 2022, sebanyak 18,362 atau 57.32% melibatkan warga emas.”

Sehubungan itu, KKM meminta supaya individu yang berumur 60 tahun dan ke atas segera mendapatkan dos penggalak dan boleh datang secara secara walk-in di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berhampiran.

Leave a Reply

Back to top button