Tempatan

KKM Rancang Masukkan Buku Pink & Rekod Derma Darah Dalam MySejahtera

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 06 September 2022 – “Ya, memang kemaskini selepas ini @my_sejahtera untuk penderma darah dan boleh ganti buku merah manual. Lepas tu untuk ibu mengandung boleh ganti buku pink. Semua dalam perancangan @KKMPutrajaya,” demikian jawapan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin kepada seorang pengguna media sosial, @roykage.

 

Pengguna media sosial tersebut, @roykage sebelum itu memohon kepada Khairy Jamaluddin untuk memasukkan rekod derma darah dalam aplikasi tersebut bagi memudahkan urusan penderma.

Perkara ini mendapat sokongan ramai pengguna media sosial di mana @Shan_6183 berkata, “Perkara terbaik yang pernah ada… Saya dah banyak kali buat buku baru sebab hilang ataupun tersalah letak. Ciri ini akan sangat-sangat membantu.”

“Elok la tu. Buka merah ibu mengandung ni punya kedekut muka surat. Memang serabut kalau banyak kena tampal muka surat baru. Da la tambah kerja nurse nak kena photostat muka surat baru tuu…” kata @mayakmrlzmn pula.

@aizzat juga sangat bersetuju dengan penambahan rekod derma darah dalam aplikasi MySejahtera kelak.

“Alhamdulillah, ini adalah pendigitalan yang sangat maju. Kadang-kadang kita terlupa membawa buku, tetapi kita tidak pernah lupa membawa telefon.”

Buat masa ini, rekod saringan kesihatan dan rekod imunisasi anak sudah boleh dilihat di MySejahtera.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: