Antarabangsa

India Tidak Iktiraf Kahwin Gay

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 19 Oktober 2023 – Mahkamah Tinggi India telah menolak untuk memberikan pengiktirafan undang-undang kepada perkahwinan sejenis dan menyerahkan tanggungjawab itu kembali kepada Parlimen.

Ketua Hakim Mahkamah Tinggi India, D. Y. Chandrachud berkata bahawa, perkara terbabit terletak dalam pentadbiran Parlimen dan badan perundangan negeri untuk menentukan undang-undang terhadap perkahwinan.

Keputusan mahkamah India yang enggan mengiktiraf perkahwinan sejenis itu telah mengecewakan pejuang hak LGBTQ+ di India yang mengharapkan agar Hakim Mahkamah Tinggi akan mengiktiraf hak perlembagaan mereka untuk kesaksamaan perkahwinan.

Pada awal tahun ini, panel yang terdiri daripada lima orang hakim telah mendengar 21 petisyen yang cuba menghalalkan perkahwinan sejenis.

Pemfailan kepada Mahkamah Tinggi negara itu memutuskan bahawa Kerajaan India berpendirian menentang pengiktirafan terbabit sambil menggesa pihak mahkamah menolak cabaran ke atas rangka kerja undang-undang semasa yang dikemukakan pasangan LGBTQ+.

Chandrachud berkata terdapat perselisihan faham dalam kalangan hakim mengenai perkahwinan sejenis, tetapi para hakim sebulat suara bersetuju bahawa mahkamah tidak boleh memberikan hak untuk berkahwin kepada golongan LGBTQ+ kerana itu adalah undang-undang yang sah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: