Tempatan

Kes Tular Dalam Media Sosial Tiada Kaitan Vaksin – KJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 09 Februari 2022 – Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa kes yang tular di media sosial tidak mempunyai kaitan dengan pengambilan vaksin dan kesan sampingan tersebut adalah berpunca daripada faktor lain.

“Orang ramai tolong rujuk kepada maklumat yang dikeluarkan oleh NPRA. Saya telah mengarahkan supaya NPRA keluarkan laporan pada setiap minggu berkenaan dengan laporan AEFI.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Hal ini supaya orang ramai dapat tahu berapa banyak AEFI, AEFI kategori apa, dan sekiranya betul atau tidak kes-kes yang tular dalam media sosial yang kebanyakannya didapati bahawa tiada kaitan langsung dengan vaksinasi disebabkan perkara-perkara lain yang menyebabkan kesan sampingan, kata Menteri Kesihatan Malaysia itu.

“Secara keseluruhan, sistem pelaporan AEFI NPRA telah menerima sejumlah 24,788 laporan AEFI tetapi yang melibatkan dos penggalak adalah 1,004 laporan. Ini membuktikan laporan untuk AEFI bagi dos penggalak secara proportion adalah jauh lebih kurang daripada laporan untuk dos primer.” jelas Khairy Jamaluddin dengan lebih lanjut.

Dalam sidang media yang dijalankan menerusi Facebook Kementerian kesihatan Malaysia pada jam 5 petang semalam, Menteri Kesihatan Malaysia itu turut mengatakan bahawa majoriti AEFI yang dilaporkan untuk dos penggalak adalah ringan dan biasanya akan pulih dalam masa beberapa hari sahaja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: