Antarabangsa

Jenazah Umat Islam Perlu Dibakar di Jepun?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KYUSHU, 12 Mei 2022 – Umat Islam di Jepun menghadapi masalah pengebumian jenazah, di mana hanya beberapa perkuburan sahaja di Jepun yang sanggup menerima pengebumian jenazah orang Islam.

Hal ini kerana budaya kebiasaan di Jepun adalah dengan membakar mayat, bukannya dengan menanam. Hal ini menimbulkan kesukaran dalam kalangan umat Islam untuk mengebumikan jenazah.

Di seluruh negara Jepun, hanya terdapat 7 tanah perkuburan yang menerima cara menanam mayat, kesemua itu untuk menampung populasi umat Islam di Jepun yang mencecah dalam lingkungan 185,000 orang.

Lapor The Asahi Shimbun, Khan Muhammmmad Tahir, seorang profesor dalam bidang Kejuruteraan Jaringan Komunikasi di sana menjelaskan ianya amat sukar sekiranya umat Islam di Jepun mahu membawa jenazah ke perkuburan yang sanggup menanam mayat.

“(Tetapi) bagi umat Islam membakar jenazah itu sesuatu yang tidak menghormati si mati,” tambahnya lagi.

Terdahulu, persatuan umat Islam yang mendiami bandar Beppu, sebuah bandar persisiran di Selatan Jepun, telah menghantar permohonan untuk membuka sebuah tanah perkuburan umat Islam di sana.

Namun, permohonan tersebut berdepan dengan tentangan daripada penduduk setempat. Susulan dari itu, kumpulan tersebut membuat permohonan baru pada Jun tahun lalu kepada Kementerian Kesihatan Jepun bagi membuka sebuah tanah perkuburan ‘pelbagai budaya’.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: