Tempatan

Pharmaniaga Tolak Dakwaan KJ Tentang Keberkesanan Booster Pfizer

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 14 Februari 2022 – Pharmaniaga Bhd menolak dakwaan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin bahawa dos penggalak Pfizer-BioNTech bakal meningkatkan keupayaan perlindungan tubuh menentang varian virus Covid-19 terbaru Omicron bagi mereka yang telah disuntik dengan Sinovac.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Khairy sebelum ini pernah membuat dakwaan dalam Twitter pada November yang lalu bahawa dos penggalak Pfizer adalah pilihan yang paling baik bagi meningkatkan keupayaan perlindungan bagi penerima vaksin Sinovac.

Menolak dakwaan beliau, Pharmaniaga mengemukakan keputusan kajian yang telah dijalankan oleh Universiti Yale yang membuktikan dos penggalak Pfizer “kurang berkesan dan menghasilkan imuniti yang lebih rendah tindak balas terhadap varian Omicron berbanding dengan strain lain” apabila digandingkan dengan dua dos vaksin Sinovac.

Namun, sekiranya dua dos Sinovac itu digandingkan dengan penggalak Sinovac akan menghasilkan antibodi yang lebih tinggi dalam 95% penerima ketika berdepan dengan varian yang mengancam termasuk Omicron, menurut Pharmaniaga dengan merujuk kepada penyelidikan yang dilakukan oleh Sinovac Biotech Ltd.

Ini bermakna, mereka yang telah mendapatkan dua dos Sinovac akan lebih mendapat kesan perlindungan ketika berdepan dengan wabak terbaru Covid-19 sekiranya digandingkan dengan penggalak Sinovac berbanding dengan yang mencampurkan dengan dos penggalak jenis lain.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pernah mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dikesan dalam tempoh 3 minggu setelah menerima vaksinasi COVID-19 dengan 56% dari kes tersebut adalah berkaitan dengan Vaksin Pfizer.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: