Tempatan

Jumlah Kes Demam Denggi Terus Meningkat

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 03 Disember 2022 – Jumlah kes demam denggi dilaporkan meningkat 8.9 peratus atau 141 kes berbanding minggu sebelumnya.

Dalam kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pada Minggu Epidemiologi (ME) 47/2022 iaitu 20 hingga 26 November lalu mencatatkan 1,734 kes tanpa sebarang kematian akibat komplikasi demam denggi.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga kini adalah sebanyak 56,304 kes berbanding 23,547 kes bagi tempoh sama tahun lalu iaitu peningkatan sebanyak 32,757 kes (139.1 peratus).”

“Manakala sebanyak 37 kematian akibat komplikasi denggi dilaporkan berbanding 18 kematian bagi tempoh sama tahun lalu.”

Tambahnya, sebanyak 54 lokaliti hotspot dilaporkan pada minggu ini berbanding 61 lokaliti hotspot pada minggu sebelumnya.

“25 lokaliti hotspot berada di Selangor diikuti 19 lokaliti di Sabah, Kuala Lumpur dan Putrajaya (tujuh), Perak (dua) dan Sarawak (satu).”

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata, survelan chikungunya merekodkan sebanyak 18 kes pada minggu ke-47 dengan 11 kes di Pulau Pinang, empat kes di Selangor dan masing-masing satu kes di Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Bagi survelan zika, sebanyak 1,939 sampel darah dan 17 sampel urin telah disaring dan hasil kesemuanya adalah negatif,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: