Antarabangsa

Tudung Bukan Dari Islam, Anak Saudara Isteri Nabi Pun Lawan – Gabenor

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KERALA, 14 Februari 2022 – Tudung bukan sebahagian dari Islam, tidak sebagaimana serban bagi penganut agama Sikh, tegas Gabenor Kerala Arif Mohammad Khan.

Beliau mengeluarkan kenyatan tersebut sebagai respon kepada isu perjuangan para pelampau Hindu melondehkan tudung para pelajar Muslimah di Karnataka yang sedang mendapat tumpuan masyarakat dunia.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Pelampau Hindu Bangun Subuh Lawan Laungan Azan

Menurut Gabenor itu, hijab yang dimaksudkan oleh al-Quran bukan bermakna tudung yang dipakai oleh kaum wanita, tetapi tabir yang menghalangi di tengah ketika bercakap.

“Tudung bukanlah sebahagian daripada Islam. Hijab disebut sebanyak tujuh kali dalam al-Quran, namun ianya tidak berkaitan dengan cara pemakaian kaum wanita. Ia berhubung dengan ‘tabir’ yang bermaksud apabila kamu bercakap, hendaklah ada tabir yang menghalangi di tengah.”

Beliau menyifatkan percubaan untuk mengaitkan kewajiban penganut agama Sikh memakai serban adalah sama dengan kewajiban Muslimah memakai tudung sebagai merepek.

“Hujah yang mengatakan pelajar Sikh dibenarkan memakai serban dalam kelas sedangkan pelajar Muslimah dihalang daripada memakai tudung dalam kelas adalah merepek. Serban adalah bahagian penting bagi kepercayaan Sikh, akan tetapi, tudung tidak dikatakan sebagai bahagian penting bagi Islam dalam al-Quran.”

Gabenor Kerala itu mendakwa kontroversi Muslimah melawan ketika dipaksa melondehkan tudung adalah sebuah konspirasi bagi menggelincirkan kemajuan yang telah dicapai oleh golongan Muslimah.

“Saya cuma boleh beritahu sebuah ungkapan… Seorang gadis muda, yang dibesarkan dalam keluarga Nabi sendiri… beliau adalah anak saudara kepada isteri Nabi Yang Mulia. Beliau adalah tersangatlah cantik… Beliau berkata saya mahu orang ramai melihat kecantikan saya dan melihat anugerah Tuhan dalam kecantikan saya… Dan untuk bersyukur kepada Tuhan… Inilah bagaimana akhlak wanita dalam generasi pertama Islam. Itu sahaja yang saya mahu cakap.”

Mahkamah Tinggi India baru-baru ini melarang pelajar Muslimah menghadiri kelas dengan memakai tudung sehinggalah keputusan lengkap terhadap petisyen larangan bertudung bagi pelajar Muslimah dikeluarkan.

Mengulas insiden yang berlaku, Ahli Parlimen dari parti pemerintah India — BJP, Dr Subramaniam Swamy menuntut bukti dari umat Islam jika benar pemakaian tudung adalah suruhan agama Islam.

“Jika kamu boleh menunjukkan kepada saya pemakaian tudung adalah penting di sisi agama Islam, sayalah orang pertama yang akan mengatakan, “Benarkan mereka memakai tudung”.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: