Antarabangsa

Logam Komponen Dibuat Di China, AS Hentikan Penghantaran Pesawat F-35

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT (AS), 08 September 2022 – Amerika Syarikat (AS) telah menghentikan penghantaran pesawat pejuang F-35 buat sementara waktu susulan penemuan bahawa sebuah logam komponen pesawat tersebut dibuat di China.

Menurut sebuah laporan antarabangsa, isu ini timbul susulan penerangan yang diberikan oleh Lockheed Martin Corp, syarikat yang ‘membina’ pesawat terbabit.

Menurut laporan tersebut, sebuah magnet pada pakej kuasa bersepadu (integrated power package) yang mengandungi sejenis logam telah dibeli dari China, di mana hal itu bercanggah dengan dasar perolehan AS.

Susulan dari isu tersebut, Jabatan Pertahanan AS (Pentagon) telah menjalankan siasatan terhadap bahan terbabit dan mendapati bahawa bahan itu tidak “membahayakan” pesawat yang berkenaan.

“Kami telah pastikan bahawa magnet tersebut tidak menyampaikan sebarang maklumat atau membahayakan integriti pesawat terbabit.”

“Tiada risiko prestasi, kualiti, dan keselamatan yang berkaitan dengan isu ini. Operasi pesawat F-35 yang ‘dalam perkhidmatan’ akan bersambung seperti biasa,” jelas Russ Goemaere, jurucakap Pentagon.

Setakat ini, Pentagon menjelaskan bahawa Lockheed Martin Corp telah menemui sumber yang baru untuk perolehan komponen berkenaan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: