Tempatan

Luka Muhammad Sajjad, Tidak Sebesar Luka Dihati Kita – Prof Madya Dr Rafidah Hanim

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

“Saya kira, luka di tangan Muhammad Sajjad akibat gari tidaklah sebesar luka di hati kita, ibu bapa dan masyarakat melihat suatu pemaksaan, penerimaan budaya songsang dan penodaan ke atas hati anak- anak tahfiz yang bersih, tidak jauh berbeza seperti kisah drag queen di atas.”

Kata Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, yang merupakan seorang Pensyarah Perubatan Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) itu, ideologi Orientasi Seksual dan Identiti Jantina (SOGI) nampaknya telah mula dipaksakan ke dalam diri anak-anak orang Islam Malaysia melalui Sajjad.

“Dulu saya pernah menulis tentang ideologi SOGI/LGBT ini melalui kartun dan filem Disney, tetapi nampaknya kita telah pun mempunyai versi sendiri apabila ideologi ini mula dipaksakan ke atas anak-anak kita, sama seperti Drag Queen Storytime, cuma dikaburi oleh nama-nama mulia seperti tahfiz, tahlil, sedeqah.”

Tambah Prof Dr Rafidah, tindakan dan perbuatan Sajjad mencampur aduk dosa dan amal dengan mempergunakan amalan ajaran Islam seperti infaq, tahlil, sedekah serta mempergunakan anak-anak tahfiz membuatkan beliau merintih kesedihan dan kekecewaan.

Jelasnya, tiada siapa yang menghalang mana-mana pihak atau individu untuk melakukan kebaikan, namun bukan dengan cara mencampur adukkan antara dosa dan pahala.

“Tidak puas dengan aksi menjolok mata melalui Instagram dan peraduan-peraduan ratu mak nyah, kini perlu dicemari majlis-majlis mulia melibatkan anak- anak kita? Tiada siapa menghalang berbuat kebaikan, tapi bukan mencampur aduk antara yang mulia dengan dosa.”

“Saya terfikir, tidakkah berasa kasihan kepada anak-anak orang lain yang suci bersih mencari ilmu agama yang benar, dihidangkan kepada mereka dengan fenomena tasyabbuh dalam majlis yang mulia, dipertontonkan pakaian silang jantina tanpa rasa segan silu dan mempergunakan alasan infaq, tahlil, sadaqah hanya kerana dia kaya dan berduit?” kata Prof Dr Rafidah lagi.

Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli bin Muhamad al-Bakri pada tahun lepas berkata, penguatkuasa agama Islam bukan sahaja akan menjalankan tangkapan malah menyediakan pendidikan agama supaya komuniti transgender boleh kembali ke pangkal jalan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: