Hilang Bangga Jadi Rakyat British Lepas Tonton Mat Kilau
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 20 September 2022 – Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkongsi tangkap layar satu ciapan seorang pengguna Twitter, @Troels7 yang menyatakan beliau baru sahaja selesai menonton filem Mat Kilau di Netflix dan berasa tidak bangga menjadi orang British setelah menonton filem tersebut.
Menurutnya, hal ini kerana United Kingdom (UK) sedang berkabung akan kemangkatan seorang Ratu yang paling lama memerintah di dunia dan didakwa ahli keluarganya telah memperkosa Malaya dan memperhambakan rakyatnya serta negara-negara lain.
Kini, ahli keluarga kerabat diraja itu dikatakan hidup dengan hasil mahsul tersebut.
“Saya sedang menonton Mat Kilau (Netflix) – UK sedang berkabung atas kematian seorang Ratu yang mana keluarganya memperkosa Malaya dan memperhambakan rakyatnya (termasuk tempat lain) dan kini hidup di atas hasil tersebut secara pewarisan.”
I am watching Mat Kilau (Netflix) – UK is mourning a Queen whose family raped Malaya & enslaved its people (amongst other places) & who now live on the proceeds by succession. I am not proud to be British
— Troels Lund (@Troels71) September 16, 2022
Kemangkatan Queen Elizabeth II walau meraih simpati, namun dalam masa yang sama mendapat kecaman sesetengah pihak dari seluruh dunia atas penjajahan dan penjarahan British sebelum ini. Bukan itu saja, terdapat juga tuntutan dari pelbagai negara supaya British memulangkan semula hasil penjarahan mereka kepada negara-negara bekas koloni.
“Saya tidak berbangga menjadi warga British,” ujar pengguna Twitter tersebut.