Tempatan

Kes Culik Budak Menjadi-Jadi, Sekolah Keluarkan Surat Waspada

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MACHANG, 26 September 2022 – Tular sekeping surat peringatan dari Sekolah Kebangsaan Hamzah, Machang, Kelantan, memaklumkan agar ibu bapa berwaspada dan berjaga-jaga berikutan kes culik dalam kalangan murid-murid sekolah yang kini menjadi-menjadi.

Dalam surat itu, pihak sekolah tersebut memohon ibu bapa untuk mengambil beberapa tindakan yang sepatutnya seperti menghantar dan mengambil anak-anak mengikut ketetapan waktu, sentiasa memberi ingatan dan pesanan kepada anak-anak dan selalu bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menangani sesuatu kes yang berlaku.

🔴 BACA: Bantahan Rakyat Terhadap BSD Ditidakkan – Lukman Sheriff

🔴 BACA: Wartawan Terkenal Batal Wawancara Lepas Presiden Iran Minta Beliau Berhijab

🔴 BACA: Bangladesh Tuduh Myanmar Tembak Ke Arah Negara

Minggu lalu, sebuah portal tempatan melaporkan bahawa polis Kelantan sedang menyiasat dua kes tular melibatkan dakwaan cubaan culik dua murid di sebuah sekolah di daerah Gua Musang.

Dalam kejadian pertama, seorang murid Tahun Empat sekolah berkenaan telah dipanggil oleh dua lelaki yang tidak dikenali menaiki kereta jenis Perodua Kancil berwarna putih nombor pendaftaran tidak diketahui dari seberang jalan.

Kejadian berlaku semasa tamat sesi persekolahan bagi Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA). Murid berkenaan bagaimanapun tidak menghiraukan mereka.

Kejadian kedua pula didakwa berlaku pada jam sama Selasa lalu membabitkan seorang murid Tahun Satu di sekolah sama.

“Murid Tahun Satu itu mendakwa dipanggil oleh dua lelaki yang tidak dikenali menaiki kereta jenis Perodua MyVi berwarna kelabu nombor pendaftaran tidak diketahui,” kata Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo.

“Murid tersebut juga tidak menghiraukan dua lelaki tersebut.”

Susulan itu, polis melakukan rondaan dan pemantauan serta menasihatkan ibu bapa atau penjaga mengambil anak masing-masing tepat pada waktu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker