Tempatan

Ubat COVID Paxlovid Boleh Akibatkan Masalah Hati

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2022 – Ubat antiviral Paxlovid bagi rawatan pesakit COVID-19 boleh mengakibatkan masalah hati menurut laporan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat.

Kandungan ritonavir dalam Paxlovid dikesan telah menyebabkan kecederaan pada hati pesakit, oleh itu FDA menyarankan agar perawat mengambil langkah berjaga-jaga ketika memberikan ubat ini kepada pesakit yang sebelum ini sudah pun menghidap sebarang penyakit hati, hepatitis, atau masalah enzim hati tidak normal.

Paxlovid juga tidak disarankan untuk pesakit yang mempunyai masalah buah pinggang kronik manakala mereka yang mempunyai masalah buah pinggang yang tidak kronik perlu menggunakan dos yang berbeza berbanding kebiasaannya.

Data klinikal Paxlovid masih lagi terhad, menurut FDA lagi, mungkin terdapat kesan sampingan serius dan yang tidak dijangkakan yang boleh berlaku dengan penggunaan Paxlovid yang masih belum dilaporkan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menyatakan kesediaan kementeriannya untuk membeli lebih banyak Paxlovid bagi merawat pesakit COVID-19 dalam negara.

“KKM sudah mula menggunakan ubat antiviral Paxlovid bagi merawat pesakit COVID-19 yang berisiko tinggi.”

“Ini bukan untuk ganti vaksin ya…ini cuma untuk merawat. KKM juga akan beli lebih banyak lagi ubat rawatan ini,” kata beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: