Tempatan

Judi Dalam Talian Punca Empat Tentera Maut – Panglima Tentera Darat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA SAMARAHAN, 26 Januari 2022 – Ketagihan berjudi dalam talian dikenal pasti sebagai musuh utama anggota tentera ketika ini, menurut Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain, Panglima Tentera Darat.

Hasil siasatan mendapati masalah judi dalam talian telah menjadi punca empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kes tembakan di Kem SKN 330 TUDM pada 13 Ogos yang lalu, menurut beliau.

Panglima mendedahkan hasil kajian yang telah dijalankan mendapati kesihatan mental anggota terganggu ekoran masalah kesempitan wang akibat ketagihan judi dalam talian, sekaligus menjejaskan tahap produktiviti mereka.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Surau-Surau Jerit Azan Sesama Sendiri. Sangat Bising – Siti Kasim

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

“Yang banyak menghabiskan duit anggota ini satunya ialah berjudi dalam talian dan satu lagi ialah penyalahgunaan dadah. Dua ini punca utama yang membuatkan anggota selalu melakukan perkara pelik-pelik dan di luar dugaan.”

Oleh itu, Tentera Diraja Malaysia sentiasa berusaha bagi mengenal pasti anggota yang terbabit dengan masalah sebegini dan menyediakan khidmat kaunseling agar dapat memulihkan mereka yang terbabit dengan ketagihan perjudian dalam talian dan juga masalah dadah.

“Jika terbabit dalam masalah dadah, agak mudah untuk mengesan mereka tetapi judi dalam talian ini sukar kerana kita tidak dapat mengesan semua dilakukan anggota dengan telefon bimbit.”

“Sekarang kita menyediakan khidmat kaunseling menerusi doktor serta pakar psikologi selain guru agama dari Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) untuk memulihkan anggota dikenal pasti bermasalah,” kata Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: