Wanita Sertai Pertandingan Bina Badan, Semakin Jauh, Negaraku
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 01 September 2022 – “Saya tidak pasti sejak bila pula wanita Malaysia mula sertai pertandingan bina badan. Terkini pertandingan Mr Malaysia 2022 peringkat Kebangsaan. Semakin jauh, negaraku,” kata Profesor Dr Zainur Rashid bin Zainuddin dengan kesal dalam Facebooknya.
Beliau turut melampirkan sekeping gambar menunjukkan gambar salah seorang peserta wanita, yang menyertai Kejohanan Bina Badan Kebangsaan atau Mr Malaysia 2022 yang sudah dikaburkan.
Didapati peserta wanita tersebut hanya memakai bikini sambil beraksi mempertontonkan tubuh badannya di hadapan orang ramai.
Kesal dengan keadaan ini, Profesor Dr Zainur Rashid menyeru kepada semua agar bersama-sama membina negara yang bermaruah.
Menurut Presiden Persatuan Bina Badan Kedah Darulaman (PBBKD), Datuk Mohd Zayad Md Ismail, penganjuran Kejohanan Bina Badan Kebangsaan Ke-51 itu mendapat sambutan menggalakkan apabila seramai 158 peserta mengambil bahagian sekali gus jumlah penyertaan paling terbesar sejak 10 tahun kebelakangan ini.
Tinjauan samudera.my di laman komen mendapati ramai yang kecewa dengan pertandingan ini di mana ada yang menyatakan bahawa Malaysia sudah menjadi seperti Arab Saudi: berlumba-lumba menuju untuk menjadi negara yang rosak.
“Tanda Malaysia pun sama-sama berlumba-lumba dengan Arab Saudi menuju negara yang rosak dan penuh dgn hiburan dunia. Tinggal tunggu bala ja dari Allah,” kata Mohd Azmi Mohd Salleh.
Berikutan itu, Che Guevarra Che Hashim mahu rakyat mendesak kerajaan Negeri Kedah, Pejabat Agama dan Jabatan Mufti memberi penjelasan bagaimana perkara ini boleh terjadi.
“Tak perlu berbalah sesama kita apa yg penting kita mendesak kerajaan Negeri Kedah, Pejabat Agama dan Jabatan Muftib bagi penjelasan macam mana benda ni boleh terlepas pandang…Ini soal maruah agama Islam macam ada tak kena sejak akhir-akhir ini banyak sangat isu-isu mencabar agama Islam!”