Antarabangsa

Keberkesanan Dos Penggalak Pfizer Akan Merosot, Perlu Dos Ke-4 – Pusat Kawalan Penyakit AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 14 Februari 2022 – Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat mendedahkan bahawa keberkesanan dos penggalak vaksin teknologi messenger asid ribonukleik (mRNA) seperti Pfizer dan Moderna akan merosot selepas bulan keempat.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Menurut CDC, sepanjang tempoh pra-dominasi varian Omicron, keberkesanan vaksin dalam mencegah kedatangan pesakit ke jabatan kecemasan atau klinik didapati 87% dalam tempoh dua bulan selepas dos ketiga tetapi menurun kepada hanya 66% pada bulan keempat.

Manakala keberkesanan vaksin dalam mencegah kemasukan ke hospital adalah 91% dalam dua bulan pertama, namun menurun kepada 78% pada bulan keempat selepas mengambil suntikan dos ketiga.

Justeru, CDC menyimpulkan bahawa dos tambahan keempat diperlukan bagi meningkatkan perlindungan orang ramai bagi mengurangkan kemasukan ke hospital akibat COVID-19.

“Penemuan perlindungan yang diberikan vaksin mRNA berkurangan pada bulan-bulan seterusnya selepas menerima dos ketiga mengukuhkan lagi kepentingan pertimbangan lanjut tentang keperluan dos tambahan lain untuk mengekalkan atau meningkatkan tahap perlindungan.”

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya 25 kejadian kes radang otot jantung atau miokarditis dikesan setelah menerima vaksinasi COVID-19 di mana 56% kes adalah berkaitan dengan Vaksin Pfizer.

Selain dari amaran pihak berkuasa perubatan Amerika Syarikat, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga pernah melaporkan akan potensi hubungan antara vaksin COVID-19 yang menggunakan teknologi mRNA dan miokarditis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: