Ada Pihak Minta Gunakan Maklumat Rakyat Di MySejahtera – KJ
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 29 Mac 2022 – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat pihak tertentu yang mendekati Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mendapatkan maklumat dari aplikasi MySejahtera bagi tujuan komersil, lapor Buletin TV3.
Menteri di KKM itu turut menegaskan bahawa data dan aplikasi MySejahtera adalah milik KKM.
“Pemilikan MySejahtera adalah Kementerian Kesihatan Malaysia,” tegasnya.
Beliau turut mengulas isu yang baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai pemberian aplikasi MySejahtera kepada sebuah syarikat persendirian, MySJ Sdn Bhd melalui proses rundingan terus (direct negotiation).
Menurut laporan Buletin TV3, pemberian tersebut adalah sekadar melaksanakan kontrak sedia ada, di mana MySJ Sdn Bhd adalah pemegang saham bersama Entomo, syarikat yang membangunkan aplikasi MySejahtera dari awal.
Baru-baru ini rakyat menyuarakan kegusaran apabila aplikasi MySejahtera diberikan kepada MySJ Sdn Bhd, di mana Mohd Faizal Hassan, seorang wartawan menyuarakan kebimbangan tentang data peribadi rakyat Malaysia.
“MySejahtera dijual kepada syarikat persendirian bukanlah hal yang kecil. Data dan maklumagt peribadi kita tidak lagi selamat,” ujarnya.