Tempatan

Kebebasan Mengamalkan Agama Dalam Perlembagaan – Engku Ahmad Fadzil

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menegaskan “Islam is the religion of the Federation; but other religions may be practised IN PEACE AND HARMONY in any part of the Federation.

Perkataan IN PEACE AND HARMONY di dalam Perlembagaan Persekutuan bukan diletakkan tanpa makna dan kesan di dalam Perlembagaan.

Ia bermakna, antara lain, hak untuk mengamalkan agama-agama selain daripada Islam di Malaysia tertakluk kepada ianya diamalkan tanpa mendatangkan gangguan terhadap KEAMANAN DAN KEHARMONIAN, termasuk tidak mendatangkan ancaman kepada Agama Persekutuan itu sendiri (lihat: Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v. Kerajaan Malaysia & Menteri Dalam Negeri:

…the purpose and intention of the insertion of the words: “in peace and harmony” in Article 3(1) is to protect the sanctity of Islam as the religion of the country and also to insulate against any threat faced or any possible and probable threat to the religion of Islam.

Apapun, amalan-amalan yang mendatangkan ancaman terhadap nyawa juga menjadikan amalan-amalan agama selain Islam di Malaysia tidak mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Yang menariknya, walaupun tidak selesa, umat Islam di Malaysia masih patuh kepada arahan pihak berkuasa agama untuk melakukan solat fardhu berjemaah secara jarak-jarak ketika musim pandemik COVID-19 ini, walaupun, pada asalnya, ia jelas bercanggah dengan sunnah Rasulullah S.A.W.

Sama-sama patuh kepada Perlembagaan Negara, undang-undang dan peraturan. Ketidakpatuhan kepada undang-undang dan peraturan, bukan sahaja boleh menjadi suatu kesalahan atau jenayah, bahkan membawa kepada civil disobedience yang eventually boleh membawa kepada anarchism (lawlessness) yang memporak-perandakan negara.

Kerajaan perlu jelas dan tegas demi kestabilan dan keharmonian. Bukan semua benda nak dipolitikkan.

Samudera.my melaporkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr P Ramasamy sebagai Pengerusi Lembaga Waqaf Hindu Negeri Pulau Pinang (PHEB) mengatakan akan bertegas mengadakan perarakan pedati berhala sempena Thaipusam walaupun berdepan larangan Kerajaan Pusat berikutan ancaman varian baharu Covid-19 Omicron.

Apakah pemeliharaan nyawa tidak penting bagi beliau dan orang-orang yang terlibat?!

PAUTAN ASAL: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4600621133340825&id=952934824776159

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: