KJ Jangan Ugut Rakyat – MP Bintulu
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 06 Mac 2022 – “Janganlah kita ugut, nanti rakyat ugut kita balik. Saya minta KKM dan menteri fikirlah balik (tindakan untuk tukar status kepada tidak lengkap) jika tidak mahu ambil dos penggalak,” kata Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) ketika membahaskan Titah Diraja di Dewan Rakyat baru-baru ini.
Beliau mengingatkan Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan untuk mengambil pendekatan mendidik, bukan ugutan.
Beliau turut berkata tindakan keras ini boleh merugikan kerajaan dan akan membuatkan rakyat lebih menolak untuk mengambil vaksin COVID-19.
“Kenapa kita perlu ambil tindakan sebegini? Kita kena fikir juga nasib rakyat yang bimbang dengan keselamatan mereka dengan pengambilan dos penggalak ini,” ujarnya.
Sebelum ini, KKM memutuskan untuk tidak melanjutkan tempoh bagi penerima vaksin Sinovac mendapatkan suntikan dos penggalak COVID-19 iaitu sehingga 31 Mac ini bagi mengekalkan status vaksinasi lengkap.