Kerajaan Menggalakkan Majikan Teruskan Amalan Work From Home
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PUTRAJAYA, 07 Februari 2022 – “Kerajaan mengalu-alukan serta menggalakkan pihak majikan untuk meneruskan amalan bekerja dari rumah (work from home).”
Saranan tersebut disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam sidang media pada 07 Februari 2022 berkenaan makluman terbaru tentang varian Omicron dan berikutan peningkatan kes sehingga mencapai 11,034 kes pada hari ini.
BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin
BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan
BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis
Dalam sidang media tersebut, beliau turut menyarankan supaya majikan melaksanakan sistem penggiliran kehadiran ke pejabat dalam usaha untuk mewujudkan persekitaran yang selamat di tempat kerja.
“Ini berikutan kluster tempat kerja menunjukkan peningkatan pada minggu epid 5 tahun 2022 iaitu peningkatan sebanyak 5.3%.”
Peningkatan itu berlaku daripada minggu epid 4 kepada 20 kluster pada minggu epid 5.
Antara kluster lain yang turut tersenarai dalam kategori kluster yang menunjukkan peningkatan adalah kluster aktiviti keagamaan yang sebelum ini tidak tersenarai tetapi satu kluster dilaporkan pada minggu epid 5 berbanding tiada kluster pada minggu epid 4.